SCAPE dicipta untuk pelajar yang sedang bersedia untuk memasuki universiti. Ceramah-ceramahnya dikendalikan para akademik dan profesional dalam bidang tertentu masing-masing. Program ini telah direka oleh penasihat pendidikan MABECS yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka dari universiti-universiti di UK. Berdasarkan pengalaman mereka sendiri, mereka telah menggabungkan elemen-elemen yang dipercayai boleh memanfaatkan mereka sewaktu tempoh pengajian universiti dahulu.
✶ Mengendali Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja:
Dari Diagnosis ke Intervensi
✶ Pencarian Bateri-bateri Baru
✶ Membina Keyakinan Menjelang Pengajian Universiti
✶ Kebajikan Serata Dunia: Kesihatan Awam, Politik, serta Media dan Komunikasi
✶ Dari Kejuruteraan Kimia ke Bagaimana “Bintang dalam Balang” Mampu Mengubah Kaedah Pembuatan Farmaseutikal